
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia semalam sejurus tiba di Zon Kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, kira-kira 8.20 pagi.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin, berkata ibu bapa mangsa mengaku terlibat mendera kanak-kanak itu dengan suspek lelaki disahkan mempunyai satu rekod jenayah lampau.
“Pada 28 April sekitar 1.30 tengah hari, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri membuat tangkapan terhadap sepasang suami isteri berumur awal 20-an dan 30-an dipercayai terlibat dalam kes dera.
“Ekoran daripada tangkapan tersebut polis membuat beberapa rampasan (barang kes),” katanya dalam kenyataan.
Katanya, suspek lelaki itu direman tujuh hari hingga 5 Mei, manakala suspek wanita ditahan selama dua hari hingga 30 April.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 (Penganiyaan, Pengabaian, Pembuangan atau Pendedahan Kanak-Kanak).