
Tiada kemungkinan yang mustahil dengan kelajuan 10 kali ganda lagi laju daripada 4G.
Sama ada membuka laman web mahupun mengendalikan jentera secara jarak jauh, kerja senang atau rumit kini mudah.
Tak perlu lagi menunggu lama untuk memuat turun fail yang besar atau menunggu video dimainkan.
Penerima manfaat terbesar teknologi 5G ialah industri seperti pembuatan.
Bak kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, potensi untuk industri pembuatan amat besar.
Dengan teknologi 5G, industri dapat mengakses aplikasi awan dengan segera, yang kini menjadi standard dalam bidangnya.
Operasi yang diperkemaskan akan membolehkan kakitangan di lokasi berbeza bekerjasama pada waktu nyata, sambil berkongsi fail-fail yang besar, dan mengakses maklumat dengan serta-merta.
“(Dalam bidang perubatan) pembedahan jarak jauh akan menjadi realiti. Teknologi ini akan mengubah ekonomi digital,” kata Teo.

Manfaat untuk perniagaan
Menelusuri lebuh raya 5G semudah menyentuh paparan telefon pintar anda, namun banyak kecanggihan berlaku di sebalik kemudahan itu.
Begitu banyak pelaburan dibuat untuk membina prasarana, seperti menara-menara pemancar bagi memastikan liputan isyarat seluas mungkin.
Hasilnya, perniagaan-perniagaan akan menyaksikan ketersambungan bagi kakitangan di lokasi berbeza bertambahbaik. Kemudahan ini dilihat perlu memandangkan tren masa kini beralih kepada aturan hibrid atau bekerja dari rumah.
Dengan 5G, pekerja di lokasi berbeza boleh berhubung dengan pejabat secara mudah. Kemudahan seperti mesyuarat maya berkualiti tinggi membolehkan kakitangan mengikuti perkembangan terkini dengan mudah.
Rangkaian 5G juga direka untuk menghubungkan banyak peranti sekaligus, menjadikan ia ideal untuk mengatur Internet of Things (IoT).
Ia membolehkan perniagaan mengurus beberapa peranti IoT, seperti alat pengesan, mesin pintar, dan kelengkapan industri pada waktu nyata.
Bagi industri seperti pembuatan, 5G membantu menambahbaik proses pengeluaran menerusi robot berautonomi, realiti terimbuh (augmented reality), dan realiti maya (virtual reality).
Ia juga membolehkan simulasi yang berguna untuk latihan atau mengurus penyelenggaran mesin secara jarak jauh.
Manfaat untuk pengguna
Penghuni kediaman juga boleh menjangkakan internet yang serba-serbi cepat, serta kapasiti dan ketersambungan yang lebih baik, di samping siaran yang dipertingkat agar anda boleh lebih menikmati video kegemaran.
Dengan 5G, masa untuk sesebuah laman dipamer atau sesebuah video dimainkan sebaik sahaja anda menyentuh URL atau ikon secepat beberapa milisaat.
Kecepatan itu membolehkan aplikasi masa nyata seperti permainan dalam talian atau mesyuarat maya lebih cekap dan menyeronokkan.
Begitu juga dengan IoT, yang membolehkan anda mengawal peranti pintar seperti peti sejuk atau kipas di rumah dari pejabat dengan menghubungkan ia kepada internet.
Lazimnya kecekapan dan kemudahan seperti ini akan menelan belanja yang lebih. Namun keputusan kerajaan untuk mengadakan penyedia perkhidmatan kedua dijangka akan mengawal kenaikan harga.
Selain itu, pengguna juga boleh memilih antara dua penyedia. “Misalnya anda tidak berpuas hati dengan Entiti A, anda boleh beralih ke Entiti B,” kata Teo.
Teo berkata penyedia perkhidmatan akan bersaing dan menyesuaikan tawaran masing-masing bagi memenuhi keperluan dan kemahuan pelbagai sektor.
Ternyata manfaat 5G ini sesuatu yang bukan diperbesar-besarkan.