Gempa bumi Jepun: Tiada rakyat Malaysia terjejas, kata Wisma Putra

Gempa bumi Jepun: Tiada rakyat Malaysia terjejas, kata Wisma Putra

Kementerian Luar sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi yang melanda kawasan tengah dan barat Jepun hari ini.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas akibat gempa bumi di Jepun dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dimaklumkan oleh pihak berkuasa tempatan. (Gambar AP)
PUTRAJAYA:
Setakat laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di Jepun hari ini, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi yang melanda kawasan tengah dan barat Jepun.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi serta kepada rakyat dan Kerajaan Jepun,” menurutnya dalam kenyataan.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81-3-3476-3840 atau +8180-3913-3840 (kecemasan) dan e-mel [email protected] atau [email protected].

Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud itu mencetuskan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat Jepun dengan gelombang tsunami kecil sampai ke pantainya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.