
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sudah membincangkan perkara itu dengan pengusaha stesen minyak baru-baru ini.
“Walaupun pada asasnya terdapat formula penyelesaian, tetapi kita juga perlu melihat tren harga petrol semasa supaya ia boleh diterima rakyat. Ia telah selesai dibincang dan saya akan umumkan nanti,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri 2017 “Ceria Beraya” anjuran Bank Kerjasama Rakyat Malaysia hari ini.
Turut hadir Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid dan Duta Kad Kredit I-Muslimah Bank Rakyat, iaitu pelakon dan pengacara, Neelofa.
Kira-kira 3,000 kakitangan bank berkenaan hadir di majlis tersebut.