Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Isa Samad letak jawatan pengerusi FGV, kini ke SPAD

 | June 19, 2017

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Sulaiman Mahbob sebagai pemangku pengerusi FGV bagi menggantikan Isa Samad.

isa-abdul-samad_fvg_6001PETALING JAYA: Tan Sri Isa Abdul Samad hari ini meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, beberapa jam selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi tadi.

Peletakan jawatan itu diumumkan dalam dokumen difailkan di Bursa Malaysia.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, Isa “berhenti daripada pelantikannya sebagai pengarah yang dilantik kerajaan untuk memberi perhatian kepada tanggungjawab peribadinya”.

Isa yang dilantik sebagai pengerusi dan pengarah eksekutif bukan bebas FGV mulai 1 Januari 2011, kini memangku tugas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), jawatan yang dikosongkan selepas persaraan Tan Sri Syed Hamid Albar pada 3 Jun lalu.

Peletakan jawatan Isa selepas spekulasi pelantikan pakar ekonomi veteran, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob yang mempunyai 4 dekad pengalaman termasuk mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Bernama memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai mengumumkan Sulaiman sebagai pemangku pengerusi FGV bagi menggantikan Isa.

Peletakan jawatan Isa juga di sebalik kemelut dihadapi syarikat gergasi itu yang berdepan pelbagai tuduhan salah laku dan siasatan yang turut melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isa, yang dilantik mengetuai FGV pada 2011, sebelum ini terlibat dalam pertelagahan terbuka dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti sementara siasatan dijalankan.

Najib dipetik Bernama sebagai berkata, kedudukan Zakaria akan ditentukan Lembaga Pengarah FGV selepas semua siasatan selesai.

Pakar ekonomi veteran bakal ganti Isa Samad?


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments