Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kerajaan batal cadangan kenakan GST untuk 60 barang makanan

 | June 19, 2017

Ia selepas laporan yang memetik pengarah Kastam sebagai berkata 60 jenis makanan akan dikenakan cukai itu selepas cuti Hari Raya.

T-Subromaniam-1PETALING JAYA: Kerajaan hari ini membatalkan hasrat mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 barangan makanan, menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Subromaniam Tholasy memberitahu FMT, pihaknya membuat keputusan itu selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan.

Menurutnya, laporan media itu berdasarkan Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun lalu.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan,” kata Subromaniam dalam kenyataan.

Sebelum ini, China Press memetik Subromaniam sebagai berkata lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi, mulai Julai 1.

Makanan laut termasuk belut dan ikan todak, manakala buah-buahan diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri dan beri akan dikenakan 6% cukai.

Di bawah kategori sayur-sayuran pula, laporan itu menyebut kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis akan mula dikenakan GST.

Kerajaan memperkenalkan GST 6% ke atas barangan dan perkhidmatan pada April 2015.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober 2014, Datuk Seri Najib Razak membutirkan beberapa barang makanan yang dikecualikan GST.

Antaranya ialah semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport, roti putih dan roti wholemeal, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko, dan mi kuning, kuey tiau, laksa dan bihun.

 

Selepas raya, mi dan buah-buahan import dikenakan GST, kata laporan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments