Suhakam mungkin panggil Asri beri keterangan

Suhakam mungkin panggil Asri beri keterangan

Isteri Amri Che Mat memberitahu Suhakam bahawa mufti Perlis dan 20 pegawai Jabatan Mufti Perlis dan polis menyerbu rumahnya berkenaan pembabitan Amri dan Perlis Hope dengan ajaran Syiah.

asri-suhakam
PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Suhakam (Suhakam) mungkin akan memanggil Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk memberi keterangan dalam siasatan ke atas kehilangan aktivis Perlis Hope, Amri Che Mat.

Namun setakat ini masih belum ada kepastian di pihak Suhakam kerana pengerusi siasatan awam, Pesuruhjaya Datuk Datuk Mah Weng Kwai menyebut perkara itu secara sepintas lalu.

Perkara itu dimaklumkan kepada FMT oleh peguam keluarga Amri, Philip Koh.

Hari ini, Norhayati memberitahu Suhakam Mufti bahawa Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 20 pegawai Jabatan Mufti Perlis dan polis membuat serbuan di rumahnya berkenaan pembabitan Amri dan Perlis Hope dengan ajaran Syiah.

Amri, 44, pengasas bersama persatuan kebajikan Perlis Hope, hilang sejak 24 November 2016 lepas.

Sebelum ini Norhayati berkata saksi ternampak 5 buah kenderaan menghalang laluan kereta Toyota Fortuner milik Amri, sebelum beliau dibawa pergi, kira-kira 550m daripada rumah mereka di Bukit Chabang, Perlis.

Sebelum ini, terdapat spekulasi beliau terlibat dalam penyebaran ajaran Syiah, aliran Islam yang difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Malaysia. Dakwaan itu ditolak Norhayati.

Selain kehilangan Amri, siasatan Suhakam ini turut mahu menjawab misteri kehilangan Paderi Joshua Hilmy dan isterinya Ruth.

Seorang lagi yang hilang, Pastor Raymond Koh, tidak lagi menjadi subjek siasatan, selepas seorang suspek dihadapkan tuduhan menculiknya di mahkamah minggu lalu.

Ini kerana Seksyen 12 Akta Suhakam menyatakan siasatan awam perlu dihentikan jika ia menjadi kes mahkamah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.