Pemandu teksi halau penumpang dari Wuhan

Pemandu teksi halau penumpang dari Wuhan

Seorang pemandu teksi bertindak menghalau penumpangnya yang baru sahaja pulang dari Wuhan, apatah lagi penumpang tersebut diketahui tidak sihat kerana demam dan selsema.

Kelihatan pemandu teksi bersama 2 penumpang dan salah seorang memakai topeng muka yang kemudiannya mengaku dia baru balik dari Wuhan dan perlu ke hospital segera. (Sumber gambar :@RT_com)

Bercakap sahaja tentang koronavirus, ia sememangnya virus yang sangat ditakuti kerana ia mampu merebak dengan pantas.

Kerana virus ini jugalah ia mampu meragut nyawa sesiapa sahaja tidak kira masa.

Oleh sebab itu pelbagai langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya kita tidak menjadi mangsa seterusnya.

Bagi kes yang berlaku semalam, terdapat seorang pemandu teksi dari China mengambil penumpang lelaki dan duduk di bahagian depan.

Penumpang tersebut dilihat seperti tidak sihat kerana selsema dan seperti rasa ingin demam.

Namun pemandu itu terus berborak seperti biasa dengan penumpang tersebut dan menganggap ia seperti demam biasa.

Tetapi apabila penumpang itu menyatakan yang dia baru sahaja pulang dari Wuhan dan ingin ke hospital kerana sakit yang dialaminya itu, pemandu tersebut terus menghalaunya turun daripada kereta tersebut.

Biarpun nampak kejam, tetapi ramai netizen yang mempertahankan tindakan pemandu itu kerana bimbang virus tersebut dijangkiti.

Rata-rata warganet menyatakan mungkin mereka akan mengambil tindakan yang sama jika berada di tempat pemandu itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.