
Difahamkan, kejadian itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 7.08 pagi.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota serta aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian susulan kejadian.
“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus.
“Api berjaya dikawal dalam tempoh sejam dan bahagian dalam kedai didapati musnah dalam kebakaran ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini, menurut Harian Metro.
Beliau berkata, pasukan bomba kini dalam tindakan pemadaman bara api di bawah timbunan kain.
Bagaimanapun katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit, setakat ini dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.