Wanita OKU maut rumah terbakar di Seremban

Wanita OKU maut rumah terbakar di Seremban

Mangsa yang berusia 32 tahun dan lumpuh separuh badan itu ditemukan rentung dalam bilik utama.

Jurucakap Jabatan Bomba Negeri Sembilan berkata kebakaran pada 11.33 malam tadi itu melibatkan sebuah rumah teres di Taman Mantin Baharu di Seremban yang musnah sepenuhnya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Mantin Baharu di Seremban malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba Negeri Sembilan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 32 tahun itu pada 11.33 malam.

“Kebakaran melibatkan rumah teres berkeluasan 20×65 kaki persegi yang musnah sepenuhnya. Mangsa ditemukan rentung dalam bilik utama,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Sementara itu, Adun Nilai J Arul Kumar berkata ketika kejadian mangsa yang menghidap strok dan lumpuh separuh badan itu dipercayai sedang tidur manakala adik lelakinya tidak berada di rumah.

Katanya, jiran mendengar suara mangsa memnta tolong tetapi orang ramai tidak tidak dapat masuk untuk menyelamatkannya kerana api sedang marak dan pintu rumah pula tertutup.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.