
MYAirline berkata empat pesawat masih berdaftar dan diuruskan oleh pemberi pajak, dengan dibantu unit pengurusan layak terbang MYAirline.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata pesawat-pesawat berkenaan di bawah kawalan syarikat pajak sejak 13 Okt, iaitu sehari selepas MYAirline menggantung operasi, “dan ini bukan perkembangan baharu”.
MYAirline berkata ia secara aktif berbincang dengan pemberi pajak berhubung pegangan pesawat apabila pemodalan semula syarikat dimuktamadkan.
Syarikat penerbangan ini menggantung operasinya pada 12 Okt kerana tekanan kewangan.
Dalam pada itu, MYAirline berkata sijil perakuan pengendali udara (AOC) dan lesen perkhidmatan udara (ASL) digantung, dan bukannya dibatalkan.
ASL itu digantung Suruhanjaya Penerbangan Malaysia pada 1 Nov lalu, manakala AOC digantung oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia pada 16 Okt, selama 90 hari.