Lelaki dikhuatiri lemas di sungai

Lelaki dikhuatiri lemas di sungai

Kejadian di Bukit Pasir, Muar itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan aktiviti di sungai petang semalam.

Pihak bomba berkata operasi pencarian mangsa diteruskan hari ini selepas ditangguhkan semalam akibat air pasang. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di sungai, dalam kejadian di Bukit Pasir, Muar petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Baharudin Ab Rahman, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.32 petang.

Menurutnya, seramai 10 anggota bomba dari BBP Tangkak dan tujuh dari BBP Muar telah dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Fire Response Vehicle (FRV).

“Setibanya pasukan ke tempat kejadian dipercayai terdapat seorang mangsa lelaki dewasa dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti di sungai bersama seorang rakan.

“Tindakan operasi kemudiannya membuat penilaian untuk membuat kerja-kerja pencarian mangsa,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, operasi terpaksa ditangguhkan kerana keadaan air pasang yang membahayakan keselamatan anggota membuat pencarian.

Operasi pencarian diteruskan pada Ahad bagi mengesan mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.