Sendiri ‘u-turn’, petik nama isteri, Guan Eng bidas Muhyiddin

Sendiri ‘u-turn’, petik nama isteri, Guan Eng bidas Muhyiddin

Pengerusi DAP itu berkata tidak sepatutnya bekas perdana menteri menggunakan isterinya sebagai alasan menarik kembali keputusan tidak pertahan presiden Bersatu.

Lim Guan Eng (gambar) berkata, apabila Lim Kit Siang bersara, beliau tidak pernah menggunakan isterinya sebagai alasan.
GEORGE TOWN:
Pengerusi DAP Lim Guan Eng membidas Muhyiddin Yassin kerana menarik semula tindakan enggan mempertahankan jawatan presiden Bersatu.

Semalam, Muhyiddin pada Persidangan Agung Tahunan berkata, beliau akan mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti akan datang, sehari selepas mengumumkan tidak mahu berbuat demikian.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau mahu meletakkan jawatan, namun isterinya meyakinkan beliau untuk kekal bagi sepenggal lagi.

Bercakap pada sambutan rumah terbuka Deepavali DAP Pulau Pinang, Lim mengkritik pusingan U Muhyiddin kerana memberi alasan isteri mahu beliau mempertahankan jawatan presiden.

“Tapi jangan biar dia cakap kerana isteri. Mengapa nak ‘salahkan’ isteri dia. Sendiri buat ‘u-turn’, cakaplah. Betul tak?” katanya.

“Isteri suruh bersara, bersara. Isteri suruh jangan bersara, kembali… kembali tak sampai 24 jam, sudah batalkan keputusan untuk bersara. Tapi bila dia dah batalkan keputusan, mahu bertanding semula, buat ‘u-turn’, ‘salahkan’ isteri pula.

“Ini pemimpin yang tak boleh pakai punya. Pusing-pusing bukan macam saudara Lim Kit Siang bila cakap bersara, bersara terus. Tidak ada cakap bersara kerana isteri cakap suruh bersara.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.