
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian menjawab desakan ADUN Sungai Burong, Datuk Samsuddin Lias supaya Dr Daroyah digugurkan sebagai EXCO kerana didakwa tidak bersungguh membanteras denggi.
Sebaliknya, Azmin berkata, pemimpin yang perlu meletak jawatan adalah orang yang terlibat dalam rasuah, menerima derma dan hidup secara bermewah-mewahan.
Beliau membuat kenyataan itu tanpa menamakan sesiapa secara khusus.
Menurut maklumat terkini Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pada tahun lalu, sebanyak 63,198 kes denggi telah dilaporkan di negeri ini.
Kes terbabit merangkumi lebih 50 % daripada jumlah 120,836 kes denggi yang telah direkodkan di Malaysia untuk tahun 2015.
Dalam masa sama, Azmin juga menyindir wakil rakyat yang telah diberi amanah tetapi tidak mahu hadir perbincangan dan perbahasan di Dewan Negeri Selangor sebaliknya menggunakan media sosial untuk membuat kenyataan.
“Orang-orang seperti ini harus meletak jawatan dan beri tugas itu kepada orang lain,” katanya yang ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sekali lagi, beliau membuat kenyataan itu tanpa menamakan sesiapa secara khusus.