Pemandu teksi malukan pemandu Grab, penumpang

Pemandu teksi malukan pemandu Grab, penumpang

Bukan sahaja pemandu malah penumpangnya yang juga warga asing turut dimalukan menerusi video itu.

Grabcar
PETALING JAYA: Seorang pemandu perkhidmatan pengangkutan dalam talian Grab dimalukan oleh beberapa pemandu teksi dalam bandar yang bertindak seperti samseng.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sesawang Youtube, pemandu kereta jenis Proton Saga model BLM yang merupakan seorang lelaki Melayu terpinga-pinga selepas kereta yang dipandunya ditahan pihak berkuasa.

Kelibat anggota polis juga dilihat dalam rakaman yang berdurasi 2 minit 50 saat itu dan turut dikongsi pengguna laman sosial.

Seorang lelaki dipercayai pemandu teksi telah bertindak merakam video dan ia dikatakan berlaku malam semalam.

Berdasarkan suara pada audio dalam rakaman itu, lelaki yang merakam gambar turut menggunakan bahasa kasar bagi tujuan menggertak pemandu berkenaan yang ketika itu bersama dengan penumpangnya.

Penumpang yang menaiki kereta itu merupakan seorang lelaki dan dua wanita warga asing turut dirakam gambarnya dan mereka didakwa di dalam video itu masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah.

Menerusi pemerhatian juga, mereka ketika itu menunggu pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengambil tindakan ke atas pemandu Grab itu.

https://www.youtube.com/watch?v=ZDCp96vVKX4

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.