Teaser filem yang menjalani penggambarannya di Malaysia itu sehingga kini sudah ditonton sebanyak 16 juta kali di YouTube sejak ia dilancarkan 30 April lalu.
Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 49, berkata walau hanya muncul sebagai watak sampingan, banyak ilmu dapat ditimba daripada Rajinikanth dan krew produksi filem tersebut.
“Saya pada awalnya terkejut dia datang berbual dengan saya dan bertanya pelbagai soalan mengenai karier saya di Malaysia.

“Saya beritahu dapat bersama dia adalah satu kejayaan besar dalam karier saya dan ia pengalaman yang mungkin tidak akan ada lagi selepas ini,” katanya kepada mStar Online.
Selain Rosyam, dua lagi pelakon tempatan yang turut terlibat dalam filem Kabali adalah Norman Hakim dan Zack Taipan.
Rosyam berkata, beliau sangat mengagumi aura pelakon itu yang masih digilai ramai meskipun usianya kini mencecah 65 tahun.
“Saya tidak banyak dialog tetapi muncul di samping Rajinikanth ialah pengalaman dan profil menarik untuk saya sebagai pelakon,” katanya.
Katanya, sejak terbabit dalam filem itu beliau kini mempunyai lebih ramai peminat di kalangan masyarakat bukan Melayu.
