Kesetiaan kami kepada bendera Malaysia – KM Sabah

Kesetiaan kami kepada bendera Malaysia – KM Sabah

Musa Aman menegaskan, tuntutan Filipina adalah tidak relevan.

Musa-Aman_sabah_600

KOTA KINABALU:
Sabah tidak pernah mengiktiraf atau mengakui tuntutan Filipina atau mana-mana pihak lain ke atas negeri ini, tegas Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman.

“Biar saya jelaskan bahawa Sabah berada dalam Malaysia dan memilih untuk kekal dalam persekutuan Malaysia dan akan terus menjadi sebahagian daripada negara yang berdaulat ini sejak penubuhannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas hasrat calon Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk meneruskan tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Musa berkata, penduduk di Sabah telah menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi dalam Malaysia.

“Kesetiaan kami ialah kepada bendera Malaysia. Tuntutan (Filipina) adalah tidak relevan,” kata beliau.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.