Lantik penganjur pertunjukan bunga api terlatih, kata exco

Lantik penganjur pertunjukan bunga api terlatih, kata exco

Ean Yong Hian Wah berkata kerajaan negeri memandang serius insiden letupan bunga api yang mencederakan 14 orang ketika sambutan ambang tahun baharu di Klang.

Ean-Yong-Hian-Wah_bunga-api_6001
SHAH ALAM:
Kerajaan negeri Selangor akan memastikan pihak berkuasa tempatan melantik penganjur terlatih untuk menganjurkan pertunjukan bunga api.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Negeri, Ean Yong Hian Wah berkata kerajaan negeri memandang serius insiden letupan bunga api yang mencederakan 14 orang ketika sambutan ambang tahun baharu di tapak Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

“Majlis Perbandaran Klang (MPK) diarah menjalankan siasatan dalaman dengan telus bagi menentukan punca atau pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu berlaku.

“Tindakan disiplin atau undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab atas kesilapan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MPK merupakan penganjur pesta berkenaan dari 30 Disember hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad ketika dihubungi berkata siasatan polis masih menyiasat insiden itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.