
Pengurus hubungan luar badan pemikir itu, Azrul Mohd Khalib berkata tindakan menggantikan GST dengan rejim cukai jualan akan menghasilkan hanya separuh pendapatan negara.
Beliau mengulas janji bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang pakatan pembangkang akan menggantikan GST dengan sistem cukai jualan jika ia berjaya mewujudkan kerajaan.
Azrul berkata pendapatan daripada cukai langsung dan tidak langsung kini merangkumi kira-kira RM180 bilion – atau lebih 80% – jumlah pendapatan kerajaan iaitu RM38 bilion daripada hasil GST sahaja pada 2016.
“Cukai jualan akan hanya dapat mengumpul separuh daripada jumlah itu,” katanya.
“Oleh itu, kita perlu memperoleh cara pendapatan lain untuk mengatasi kekurangan itu.
“Dengan harga minyak semasa dan sokongan berterusan 1.6 juta penjawat awam, diburukkan lagi dengan hakikat Malaysia kini merupakan pengimport bersih minyak, memansuhkan GST hanya akan meningkatkan defisit.”
Beliau berkata ini akan menyebabkan pembiayaan menurun bagi perkhidmatan penting dan memperdayakan sesetengah orang untuk berfikir yang masalah negara ini, seperti kos sara hidup yang tinggi, akan diselesaikan.
“Lebih penting lagi, ia akan mengalihkan perhatian daripada salah satu masalah utama kita, yang kerajaan membazirkan dana awam dan terlebih belanja,” katanya.
Azrul berkata, rakyat yang terpaksa membayar GST akan lebih memberi perhatian terhadap bagaimana kerajaan membelanjakan wang. Ini akan meningkatkan permintaan terhadap akauntabiliti dan ketelusan, katanya.
“Itu sangat penting, terutama pada masa yang mencabar. Kita tidak boleh memundurkan pemikiran yang membuat rakyat berasa ia tidak berkaitan dengan mereka tentang bagaimana kerajaan berbelanja.
“GST mempunyai kesan langsung kepada bagaimana persepsi orang ramai terhadap prestasi kerajaan.”
Azrul berkata kerajaan melalui bantuan tunai BR1M menyalurkan semula hasil GST kepada 70% isi rumah di negara ini.
Beliau berkata, BR1M membantu mengurangkan kesan kos sara hidup yang tinggi tetapi langkah terbaik untuk sementara.
“Bagi mengelakkan peningkatan GST di masa depan, kerajaan perlu mengekang perbelanjaan yang besar bagi emolumen, perbelanjaan tidak perlu dan paling penting, pembaziran,” katanya.
“Orang ramai perlu memastikan ini berlaku. Memansuhkan GST tidak akan menyelesaikan masalah sebenar.”