MB Perak tidak mahu calon kalah tawar diri tanding PRU14

MB Perak tidak mahu calon kalah tawar diri tanding PRU14

Zambry Abd Kadir berkata, ada calon yang pernah bertanding menyatakan hasrat untuk bertanding semula dalam PRU akan datang meskipun kalah sebelum ini.

zambry
IPOH:
Calon Barisan Nasional (BN) Perak yang sudah kalah 2 kali dalam pilihan raya sebelum ini tidak akan diterima sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ada calon yang pernah bertanding menyatakan hasrat untuk bertanding semula dalam PRU akan datang meskipun kalah sebelum ini.

Pendirian itu membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“Tapi untuk kita, saya nasihatkan oleh kerana mereka sudah tidak menang dan hendak mencalonkan diri umpamanya, kalau sudah 2 kali bertanding pun kalah, jadi tidak payahlah hendak dicalonkan sekali lagi,” katanya dipetik BH Online.

Zambry berkata, apapun jika seseorang itu masih dikehendaki oleh rakyat di kawasannya maka penilaian sewajarnya akan dibuat, namun keputusan akhir hanya ditentukan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.