Netizen fail petisyen hukum lelaki biar anjingnya mati kesejukan

Netizen fail petisyen hukum lelaki biar anjingnya mati kesejukan

Seorang lelaki Rusia menyiram air sejuk ke atas badan anjingnya dan membiarkan haiwan itu sengsara di luar rumah ketika suhu mencecah -32 darjah celsius.

Netizen-fail-petisyen-hukum-lelaki-biar-anjingnya-mati-kesejukan
fmt-ohsem-inside-article1Banyak berita atau laporan mengenai jasa baik haiwan peliharaan khususnya anjing, bagaimana ia mengenang tuannya dan hubungan antara pemilik haiwan dikongsi di laman sosial.

Namun satu laporan terbaharu mendedahkan sisi kejam seorang pemilik anjing yang sanggup mendera dengan membiarkan binatang itu mati dalam keadaan beku.

Dalam kejadian yang berlaku di Rusia, lelaki tersebut bukan sahaja menyiram air sejuk ke atas badan anjing tetapi membiarkan anjing itu sengsara di luar rumah ketika suhu mencecah -32 darjah celsius.

Anjing berwarna putih itu akhirnya ditemui aktivis binatang yang berusaha menyelamatkan haiwan berkenaan ketika itu masih bernafas meskipun badannya diselaputi ais. Kejadian itu berlaku di Yakutsk, bandar paling sejuk di dunia.

Haiwan malang itu cuba diselamatkan oleh aktivis haiwan dengan membawanya ke klinik haiwan.

Namun, mereka gagal selepas anjing yang berusia setahun itu akhirnya mati.

“Matanya… saya tak akan melupakannya. Pernahkah anda melihat manusia yang mahu hidup tetapi hampir mati?

“Mata anjing itu sama seperti mata manusia yang ingin hidup tetapi menuju kematian, ia sukar dijelaskan,” kata aktivis wanita yang menyelamatkannya.

Kejadian itu menarik perhatian seluruh warga Russia sehingga mereka tampil dengan petisyen untuk menghukum lelaki itu.

Petisyen tersebut sudahpun mendapat lebih 10,000 tandatangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.