Banjir Kelantan hampir pulih

Banjir Kelantan hampir pulih

Mangsa terbabit dijangka dapat pulang ke rumah masing-masing esok sekiranya cuaca terus baik dan tiada hujan.

banjir
KOTA BHARU: Kelantan semakin pulih daripada banjir dengan jumlah mangsa berbaki 62 orang setakat 4.00 petang ini berbanding 520 tengah hari tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terbabit daripada 16 keluarga ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat.

Pegawai JKM Jajahan Tumpat Mohd Joharye Shafie berkata mangsa terbabit dari Kampung Jal Besar, Kampung Simpangan, Kampung Kajang Sebidang, Kampung Julok Simpangan dan Kampung Kubang Sawa.

Beliau berkata mereka tidak dapat pulang ke rumah masing-masih kerana fenomena ”banjir termenung” iaitu air lambat surut berbanding kawasan lain.

Mangsa terbabit dijangka dapat pulang ke rumah masing-masing esok sekiranya cuaca terus baik dan tiada hujan, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.