7 aplikasi telefon pintar wajib untuk hadapi PRU14

7 aplikasi telefon pintar wajib untuk hadapi PRU14

Aplikasi ini boleh bantu memudahkan aktiviti pilihanraya anda selain berguna setiap masa.

Kita nak “sambut” pilihan raya kurang 24 jam dari sekarang, pastikan kita semua bersedia dengan hari besar 5 tahun sekali ini.

Kemas kini telefon pintar anda dengan aplikasi penting yang mungkin boleh digunakan pada hari mengundi, sehari sebelum dan selepasnya.

Baik, FMT Ohsem akan menyenaraikan beberapa aplikasi yang harus anda miliki bagi memudahkan “perjalanan mengundi” esok dan juga untuk kemas kini diri anda dengan apa yang berlaku di negara ini seterusnya.

1. MySPR Semak
Kalau mahu undi, kenalah ada maklumat mengenainya dan ia harus diperoleh dari sumber sahih. SPR menyediakan aplikasi yang membolehkan pengundi memeriksa status serta lokasi mengundi untuk PRU14 termasuk pilihan raya kecil. Aplikasi ini membolehkan pengguna melihat senarai calon serta keputusan sebaik diumumkan.

2. Waze
Anda dah lupa jalan ke pusat mengundi atau baru pertama kali mengundi dan tidak tahu di mana lokasi mengundi? Anda akan diberi pilihan ke lokasi dengan menggunakan aplikasi pencarian lokasi mudah dan cepat, Waze. Taip sahaja nama tempat dan Waze akan membawa anda ke sana, ikut jalan paling pendek lagi! Beberapa aplikasi lain turut menawarkan khidmat sama, pilih yang selesa dan selamat!

3. Grab atau Grabhitch
Tak mahu memandu ke pusat mengundi dan tak ada orang sanggup beri tumpang? Anda perlu memuat turun aplikasi khidmat pandu dan tumpang kereta, Grab atau GrabHitch. Menawarkan khidmat seperti kereta tumpang sama ada secara persendirian atau bersama, ia bukan sahaja memudahkan anda tetapi menjimatkan belanja apabila dilakukan secara berkumpulan. GrabHitch ditawarkan oleh pemandu yang menawarkan khidmat carpool jika ada ruang duduk berlebihan sepanjang perjalanan.

4. Carput
Apa yang boleh dilakukan jika kereta anda tiba-tiba rosak? Mungkin anda sudah “gabra” dan resah bukan? Dahlah kereta rosak, mungkin tak dapat mengundi! Jangan risau, muat turun aplikasi Carput yang menawarkan bantuan penyelesaian masalah kerosakan kenderaan. Daripada masalah kehabisan bateri, tayar pancit atau khidmat tow-truck, semua penyelesaian di hujung jari. Namun, Carput hanya disediakan di Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Pulau Pinang dan Johor Bahru buat masa ini.

5. Newswav
Semua berita dan keputusan berkaitan PRU14 boleh diperoleh dengan memuat turun aplikasi ini. Ia dihasilkan khas untuk pilihanraya ini buat kali pertama untuk kemudahan pengundi.

6. Volunteer Smartphone Patrol (VSP)
VSP adalah aplikasi paling mesra rakyat dan mesra polis bagi kemudahan semua. Kita semua tahu jenayah boleh berlaku di mana-mana kepada sesiapa, ini termasuk bencana alam atau kemalangan. Dengan adanya aplikasi ini, ia memudahkan masyarakat melaporkan aktiviti atau kejadian jenayah selain membolehkan pe­nyebaran maklumat awal ber­kaitan bencana dan kemalangan di kawasan mereka. Anda boleh menyalurkan maklumat berbentuk gambar, video dan suara dari lokasi kejadian jenayah atau bencana terus kepada pihak polis. Ia boleh dimuat turun secara percuma melalui portal Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) pada telefon pintar masing-masing. Cepat-cepat muat turun sekarang!

7. FMT
Ini wajib ada dalam telefon pintar anda supaya dapat memperoleh berita paling tepat, cepat dan di hujung jari setiap masa. Aplikasi portal berita, Free Malaysia Today (FMT) menyediakan berita panas PRU14 bawah kolum khas iaitu ‘GE14 Live’ dengan melaporkan berita ringkas secara langsung, berserta gambar dan video terkini daripada wartawan yang ditempatkan di semua negeri, malah berita bukan politik, sukan, dunia dan santai. Semasa dalam perjalanan ke stesen undi atau sedang beratur untuk mengundi pun boleh kemas kini diri anda dengan berita semasa yang sahih dan berguna.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.