
Beliau berkata demikian menerusi Twitter semalam, dengan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke-7.
“Baru mengucap tahniah kepada Tun Mahathir di atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri yang ke-7. Saya sanggup membantu peralihan kuasa yang lancar,” tulisnya.
Status tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna internet yang ternyata berpuas hati dengan keikhlasan beliau menawarkan bantuan dan sokongan terhadap usaha peralihan kuasa.
Ramai yang mengucapkan terima kasih di samping ada yang mempersoalkan dan minta Najib berehat sahaja.
PRU14 dimenangani parti PH yang diketuai bekas perdana menteri ke-4, Dr Mahathir.
Barisan Nasional kecundang di tangan PH selepas 60 tahun parti itu memerintah negara.
Semalam, Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-7 pada kira-kira 10.00 sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.