Petronas kini pengimport bersih bahan api, bukan lagi pengeksport, jelas PM

Petronas kini pengimport bersih bahan api, bukan lagi pengeksport, jelas PM

Anwar Ibrahim memaklumkan, bekalan minyak bagi April dan Mei mencukupi, namun bagi Jun masih belum pasti.

Petronas
Menurut PM Anwar Ibrahim, Petronas kini berstatus pengimport bersih bahan api, yang menjelaskan mengapa negara masih terdedah kepada tekanan bekalan tenaga global, walaupun sebagai negara pengeluar minyak.
IPOH:
Syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini berstatus pengimport bersih (net importer) bahan api dan bukan lagi pengeksport seperti yang difahami sebelum ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keadaan itu menjelaskan mengapa Malaysia masih terdedah kepada tekanan bekalan tenaga global, meskipun merupakan negara pengeluar minyak.

“Petronas kini pengimport bersih, kita perlu membeli minyak. Bekalan bagi April dan Mei mencukupi, namun bagi Jun masih belum pasti,” katanya ketika merasmikan Program Madani Rakyat 2026 Perak hari ini.

Anwar berkata demikian bagi menjawab tanggapan bahawa Malaysia tidak sepatutnya berdepan krisis minyak berikutan konflik di Asia Barat.

Perdana menteri berkata, situasi itu memerlukan semua pihak untuk memahami realiti semasa serta bekerjasama mencari penyelesaian bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.