
“Walaupun kita menyokong kebebasan media dan kebebasan bersuara, namun ada hadnya,” kata Dr Mahathir dalam siaran langsung RTM, lapor Reuters.
Pemansuhan undang-undang berita palsu salah satu janji pilihan raya Pakatan Harapan, yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah.
Banyak pihak sebelum ini membantah undang-undang baru itu, kerna ramai berpendapat undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani masalah itu.
Kerajaan pada masa itu berkata, tidak ada undang-undang khusus bagi menghadapi masalah semasa yang menyaksikan orang awam menyebarkan berita di media sosial.
Dalam siaran langsung itu, Dr Mahathir juga berkata pelabur asing mesti membawa masuk modal dan teknologi, dan membina kilang sama ada untuk pengagihan domestik atau eksport. Negara mengalu-alukan penyertaan asing dalam projek prasarana besar “jika kita tidak mempunyai kemahiran”, katanya.
Semasa kempen pilihan raya lepas, Dr Mahathir mempersoalkan pelaburan besar China dan syarikat negara itu dalam projek prasarana dan hartanah Malaysia.