Netizen geli hati lihat Sultan Johor tunggang motosikal dengan permaisuri

Netizen geli hati lihat Sultan Johor tunggang motosikal dengan permaisuri

Walaupun bergelar Sultan dan Permaisuri, perlakuan mereka dianggap sangat sporting dan saling menyokong.

Sebuah rakaman video menunjukkan beliau menunggang motosikal dengan membonceng permaisuri, Raja Zarith Sofiah yang dimuat naik di laman Instagram Tunku Idris viral dalam kalangan netizen.

Walaupun bergelar sultan dan permaisuri, perlakuan mereka dianggap sangat sporting dan saling menyokong dalam pelbagai aktiviti termasuklah menunggang motosikal.

Jerit pekik Raja Zarith Sofiah sambil memeluk erat Sultan Ibrahim semasa tunggangan menambahkan keseronokan netizen yang menonton video itu.

“Hehehehehehehe …. sweetnye … suka tengok tuanku dan isteri,” tulis @mommyaienhannie

Manakala pengguna @nurulnazrah menulis, “Tuanku lepas gian nak merempit ke… Sweet je… Tuanku permaisuri sabar ya.. Pegang kuat-kuat…”

“Manis memandang hubungan mesra sultan dan sultanah Johor. Daulat Tuanku,” tulis @missmoody19.

“Hahaha.. Ya Allah.. Tuanku.. Really makes my day la… Part tuanku rem minyak masuk gear tu paling berdekah… Hahaha,” kata @ilmanfauzan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.