Robert Kuok tiba di mesyuarat Majlis Penasihat

Robert Kuok tiba di mesyuarat Majlis Penasihat

Majlis Penasihat Kerajaan dijadual bertemu pengarah urusan Khazanah Nasional Bhd dan ketua pegawai eksekutif KWSP.

Free Malaysia Today
Kuok tiba di Ilham Tower pada 10.00 pagi, dan bertemu ahli lain, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican dan Prof Jomo Kwame Sundaram, sebelum mesyuarat bermula. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Tokoh perniagaan Malaysia, Robert Kuok, menghadiri mesyuarat pertama Majlis Penasihat Kerajaan hari ini, susulan pelantikan beliau sebagai ahli majlis oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Mei.

Kuok, 94, tiba di Ilham Tower pada 10.00 pagi, dan bertemu ahli lain, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican dan Prof Jomo Kwame Sundaram, sebelum mesyuarat bermula.

Ahli majlis itu dijadual bertemu Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Mereka juga dijadual bertemu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.