
Katanya, surat khabar tidak relevan lagi kerana ramai pembaca sudah beralih kepada portal berita.
“Berhutang setiap tahun, buat apa nak simpan lagi, juallah elok. Orang pun dah tak baca surat khabar, orang baca portal berita…cepat dan pantas.
“Surat khabar telah jadi tidak relevan sebab orang ramai pergi ke portal berita. Bagi surat khabar ini, ‘old school’ (orang lama) macam saya bacalah,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Jumaat lalu, Umno dilapor melepaskan 31.6% saham dalam Utusan kepada sebuah syarikat milik penuh Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir.
Utusan Online melaporkan Umno menamatkan penguasaan dalam Utusan dengan memindahkan 35 juta unit saham kepada Opulence Asia Sdn Bhd.
Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, parti politik tidak sepatutnya mengawal media massa bagi mengelakkan laporan tidak neutral.
“Yang kawal (media) ini MCA dan Umno. (Sebenarnya) kalau tanpa pemilikan surat khabar pun, mereka boleh menang (pilihan raya).”
Bekas menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, lebih penting sekarang ialah media sosial.