
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 15 kluster baharu Covid-19, dengan 10 daripadanya membabitkan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat lagi berkaitan komuniti dan baki satu membabitkan kluster keagamaan.
Katanya, kluster baharu itu dikesan di Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Sabah, Perak, Pahang, Sarawak dan Kuala Lumpur.
- Kluster Tapak Bina Persiaran Setia Dagang (Petaling) dengan tujuh kes
- Kluster Jalan Enam Selatan 1A (Sepang, Petaling dan Kuala Langat) dengan 18 kes
- Kluster Jalan Cemerlang Elektrik (Johor Bahru) dengan 18 kes
- Kluster Tasek Raja (Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah) dengan 34 kes
- Kluster Jalan Segambut Lentang (Kepong dan Titiwangsa) dengan 24 kes
- Kluster Perusahaan Maju Enam (Seberang Perai Tengah) dengan sembilan kes
- Kluster Dah Charok Bemban (Baling dan Sik) dengan 34 kes
- Kluster Kalabakan Selatan (Kalabakan) dengan 22 kes
- Kluster Industri Kledang Satu (Kinta) dengan 21 kes
- Kluster Sungai Isap Perdana (Kuantan dan Hulu Langat) dengan 60 kes
- Kluster Jalan Tahir Manan (Kuala Selangor) dengan 24 kes
- Kluster Jalan Dato Permaisuri (Miri) dengan 31 Kes
- Kluster Jalan Selendang (Kulai) dengan 12 kes
- Kluster Jalan Sekuntum (Johor Bahru) dengan 17 kes
- Kluster Desa Pinggiran Putra (Sepang) dengan 18 kes.
Beliau berkata, sebanyak 2,060 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 577 daripadanya kluster aktif dan 1,483 lagi sudah tamat.