32 kluster baharu Covid-19, kebanyakan babit tempat kerja

32 kluster baharu Covid-19, kebanyakan babit tempat kerja

Dr Noor Hisham berkata 16 daripadanya adalah kluster tempat kerja, manakala 14 jangkitan komuniti.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 32 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata 16 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 14 melibatkan jangkitan komuniti, serta satu dari sektor pendidikan, dan golongan berisiko tinggi.

Kluster dikesan di Johor, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Sarawak Kelantan, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Perincian 32 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Batu Empat Parit Bakar (Muar) dengan 50 kes.
  • Kluster Jalan Firma Dua Tebrau (Johor Bahru) dengan 26 kes.
  • Kluster Tapak Bina Desa Permai (Kluang) dengan 20 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan Bangau (Kulai) dengan 19 kes.
  • Kluster Kampung Parit Jamil (Muar) dengan 18 kes.
  • Kluster Tapak Bina Putera Indah (Batu Pahat) dengan 17 kes.
  • Kluster Industri Jalan Muar-Tangkak 13 (Tangkak) dengan lapan kes.
  • Kluster Jalan Kemajuan Tangkak (Tangkak) dengan lapan kes.
  • Kluster Dah Estate Industri Kulim (Kulim) dengan 75 kes.
  • Kluster Dah Kangkong Industri Alor Setar (Kota Setar dan Pendang) dengan 44 kes.
  • Kluster Persiaran Kanthan Satu (Kinta) dengan 51 kes.
  • Kluster Industri Pengkalan Johan 2/1 (Kinta) dengan 36 kes.
  • Kluster Lorong Pasar Manjoi (Kinta) dengan 18 kes.
  • Kluster Lintang Bayan Lepas Tujuh (Barat Daya) dengan 37 kes.
  • Kluster Ladang Desa Jerocco 2 (Kinabatangan) dengan 55 kes.
  • Kluster Industri Jalan Lengkuk (Klang) dengan 49 kes.
  • Kluster Sungai Kerubong (Sarikei) dengan 96 kes.
  • Kluster Sungai Dabai (Pakan) dengan 55 kes.
  • Kluster Tinwar Keleku (Subis) dengan 34 kes.
  • Kluster Pulau Brunei (Limbang) dengan 33 kes.
  • Kluster Andi Liam (Beluru dan Miri) dengan 29 kes.
  • Kluster Sungai Sujan Mapok (Sebauh) dengan 12 kes.
  • Kluster Kampung Pauh Panji (Kota Bharu) dengan 26 kes.
  • Kluster Kampung Bunut Susu (Pasir Mas dan Tumpat) dengan 16 kes.
  • Kluster Jalan Wakaf Mek Zainab (Kota Bharu) dengan 14 kes.
  • Kluster Kampung Banggol Kulim (Pasir Mas) dengan 10 kes.
  • Kluster Paya Mengkuang Temerloh (Temerloh) dengan 16 kes.
  • Kluster Kampung Tementong (Lipis) dengan 12 kes.
  • Kluster Kampung Solok Terentang (Jasin) dengan 29 kes.
  • Kluster Kampung Pecah Batu (Muallim) dengan 30 kes.
  • Kluster Jalan Jasa 59 (Johor Bahru) dengan 35 kes.
  • Kluster Metro Sendayan Satu (Seremban) dengan 23 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 5,153 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,444 daripadanya kluster aktif dan 3,709 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.