
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 19 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kenyataan beliau berkata, sembilan daripadanya adalah kluster tempat kerja, lapan melibatkan jangkitan komuniti, serta masing-masing satu melibatkan golongan berisiko tinggi dan pusat tahanan.
Kluster berkenaan dikesan di Johor, Perak, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak.
Perincian 19 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:
- Kluster Jalan Dr Muthu (Seremban) dengan 19 kes
- Kluster Industri Sawit Kuala Betis (Gua Musang) dengan 15 kes
- Kluster Melaban (Limbang) dengan 37 kes
- Kluster Kampung Ayong (Gua Musang) dengan 11 kes
- Kluster Kampung Jias (Gua Musang) dengan tujuh kes
- Kluster Kampung Bendang Ikan Hilir (Pasir Mas) dengan lima kes
- Kluster Kampung Baru Pantai Mek Mas (Kota Bharu) dengan 21 kes
- Kluster Dah Perusahaan Tiga Industri Kulim (Kulim) dengan 15 kes
- Kluster Lorong Pak Da Daud (Kota Bharu dan Pasir Mas) dengan 11 kes
- Kluster Kampung Kubang Bunut (Pasir Mas dan Gua Musang) dengan 12 kes
- Kluster Tembok Limbang (Limbang) dengan 14 kes
- Kluster Sawit Sungai Gayung (Rompin) dengan 38 kes
- Kluster Jalan Mutiara Dua (Johor Bahru) dengan 13 kes
- Kluster Jalan Delima Bintang 2 (Lembah Pantai, Kepong, Titiwangsa, Cheras dan Gombak) dengan 22 kes
- Kluster Jalan Mawai Batu Tujuh (Kota Tinggi) dengan sembilan kes
- Kluster Industri Sri Sulong 17 (Batu Pahat) dengan 15 kes
- Kluster Industri Batu Dua Gerik (Hulu Perak) dengan 26 kes
- Kluster Jalan Hala Jati Tujuh (Kinta) dengan 31 kes
- Kluster Lorong Kelochor Setia (Kota Bharu) dengan 11 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 5,432 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,165 daripadanya kluster aktif dan 4,267 kluster lagi sudah tamat.