Acryl Sani kekal jadi KPN untuk 2 tahun lagi

Acryl Sani kekal jadi KPN untuk 2 tahun lagi

Acryl Sani Abdullah Sani sepatutnya bersara bulan depan.

Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 30 April lalu.
PETALING JAYA:
Ketua Polis Negara (KPN), Acryl Sani Abdullah Sani akan terus memegang jawatan itu selama dua tahun lagi.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dipetik Bernama sebagai berkata, Acryl Sani yang sepatutnya bersara awal bulan depan, dilantik secara kontrak selama dua tahun.

Acryl Sani dilantik sebagai KPN pada 30 April lalu menggantikan Abdul Hamid Bador.

Acryl Sani pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Bukit Aman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.