Menteri kita ‘kurang bijak’ kerana orang bijak hindari politik, kata Tony Pua

Menteri kita ‘kurang bijak’ kerana orang bijak hindari politik, kata Tony Pua

Rakyat Malaysia cenderung tidak menggalakkan anak-anak mereka menceburi politik kerana ia 'teruk dan kotor', mengakibatkan ramai pelajar bijak menghindarinya, katanya.

Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berkata, faktor penting kejayaan PH dalam PRU15 adalah kebolehannya menarik orang yang bijak menceburi politik. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Malaysia tidak mempunyai “menteri yang bijak” kerana orang bijak cenderung untuk menghindari politik, kata Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.

“Apabila orang bijak tidak sertai politik, siapa yang jadi perdana menteri? Orang yang tidak bijak,” kata Pua pada majlis kutipan derma DAP Petaling Jaya.

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat “menteri yang tidak bijak” dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tetapi “menteri BN lebih kurang bijak”.

Pua berkata, faktor penting kejayaan PH dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah kebolehannya menarik orang yang bijak menceburi politik.

Katanya, rakyat Malaysia cenderung untuk tidak menggalakkan anak-anak mereka menceburi politik kerana ia “teruk dan kotor” sekali gus menyebabkan ramai pelajar yang bijak menghindarinya.

Budaya ini mesti diubah katanya, dan generasi muda, terutamanya bawah 30 tahun mesti digalakkan untuk mengubah pemikiran mereka kerana kerjaya politik boleh dianggap “mulia” dan dengan menjadi ahli politik, seseorang boleh mengubah masa depan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.