Prasarana pandang serius tuduhan rasuah projek MRT, LRT

Prasarana pandang serius tuduhan rasuah projek MRT, LRT

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata pihaknya memandang serius terhadap sebuah laporan media yang mendakwa ada elemen pemberian rasuah dalam projek berkenaan.

Prasarana dalam kenyataannya berkata, syarikat itu tidak berkompromi dengan apa jua bentuk gejala rasuah dalam semua urusannya.
KUALA LUMPUR:
Syarikat pengoperasi pengangkutan awam Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memandang serius laporan media yang memetik sumber mendakwa terdapat elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam.

Prasarana dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, projek itu membabitkan Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

“Prasarana tidak berkompromi dengan apa jua bentuk gejala rasuah dalam semua urusannya.

“Pihak kami akan mengikuti rapat perkembangan kes dan berhubungan dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan gambaran yang tepat sebelum mengambil langkah susulan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Prasarana turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.