
Menurut sumber, mereka disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan tidak melaporkan perbuatan syarikat tersebut kepada SPRM.
Katanya, SPRM menahan seorang individu tidak bekerja yang juga suspek utama, dan seorang pengarah urusan di sebuah syarikat pembekal pasir, di Pulau Pinang, semalam.
“Suspek utama ditahan melalui satu operasi khas yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM di sebuah restoran di mana tiga keping cek bernilai kira-kira RM1 juta diserahkan kepadanya,” katanya.
Katanya lagi, suspek utama disyaki mengugut untuk membuat laporan kepada SPRM sekiranya tidak dibayar.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan tersebut. Seorang saksi telah diambil keterangan, setakat ini.