
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata video kejadian berdurasi 23 saat tular pada semalam, sekitar 9 pagi.
“Siasatan tempat kejadian dijalankan dan menerusi rakaman yang diviralkan mendapati satu lelaki dipercayai melakukan perbuatan tersebut.
“Tindakan mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan.
Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut supaya tampil membantu siasatan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kajang.
Dalam pada itu, Naazron menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau terus menyebarkan video tular berkenaan kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam serta mencetuskan kegusaran masyarakat.
Katanya, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan kandungan sedemikian.