Anwar gesa menteri pertahanan selesaikan segera isu kebajikan pesara tentera

Anwar gesa menteri pertahanan selesaikan segera isu kebajikan pesara tentera

Ketua pembangkang berkata, isu kebajikan pesara tentera beberapa kali dibangkitkan beliau dan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sebelum ini namun belum diselesaikan.

Sekumpulan pesara tentera berhimpun dalam perhimpunan dikenali sebagai Reunion Veteran di Tugu Negara, Kuala Lumpur hari ini. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA:
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein segera bertindak menyelesaikan tuntutan pesara tentera yang mendesak kerajaan menyelesaikan isu kebajikan mereka.

Katanya, isu kebajikan pesara tentera beberapa kali dibangkitkan beliau dan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sebelum ini namun ia belum diselesaikan.

“Usah abaikan suara golongan veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara kita,” katanya dalam kenyataan.

Anwar berkata, tindakan lebih 1,000 pesara tentera dari seluruh negara berkumpul di Tugu Negara hari ini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati, terutama dalam isu kebajikan terhadap mereka jelas menunjukkan kumpulan itu
tiada pilihan selain untuk menegakkan hak mereka selepas didakwa gagal mendapat perhatian Kementerian Pertahanan.

Pagi tadi kumpulan yang dinamakan Reunion Veteran, berkumpul antaranya menuntut agar pencen tentera yang bersara sebelum 2013 diselaraskan, serta hak untuk menerima pencen setelah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun.

Menurut mereka, di bawah skim sekarang, kebanyakan daripada 300,000 pesara tentera hidup susah dan termasuk dalam kategori B40.

Dalam perhimpunan secara aman itu, kira-kira 500 veteran hadir, malah terdapat juga orang awam turut serta bagi bersolidariti bersama bekas-bekas perajurit negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.