
Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara dalam kenyataan berkata terdahulu Mutang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh 3 tahun bermula 15 Feb 2024 sehingga 14 Feb 2027.
“Lantikan beliau adalah merupakan lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” kata kenyataan itu.
Pelantikan itu dibuat selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengemukakan nama Mutang, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua.
Mutang, 69, dari suku Lun Bawang merupakan penduduk asli Sarawak pertama yang dipilih memegang jawatan itu.
Jawatan YDP Dewan Negara kosong selepas Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletak jawatan bulan lepas untuk menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Mutang yang juga seorang peguam merupakan presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI).