Negeri Sembilan rangka formula penjualan vape

Negeri Sembilan rangka formula penjualan vape

Ia disedari oleh kerajaan negeri yang akur terhadap Majlis Fatwa Kebangsaan

hasan,vape

PETALING JAYA:
Kerajaan Negeri Sembilan mengkaji cadangan bagi merangka formula yang wajar dan bersesuaian untuk membenarkan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu dibuat selepas mengambil kira, tidak semua penghisap vape beragama Islam.

“Kerajaan negeri akur vape difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi tidak membabitkan penjualannya.

“Kita perlu melihat isu berkenaan daripada perspektif lebih besar dan melihatnya satu persatu. Fikiran kita tidak boleh terlalu bertumpu kepada hanya satu isu besar tanpa mengkajinya secara mendalam,” katanya yang dipetik dari laman portal BNBBC.

Menurut Mohamad Hasan, jika kerajaan betul mahu mengharamkan vape, maka ia perlu haramkan semua produk yang haram bagi umat Islam.

Sehubungan itu katanya, perkara berkenaan akan dibincangkan secara teliti pada mesyuarat Exco esok dan keputusan rasmi kerajaan negeri akan diumumkan selepas itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.