Segelintir rakyat Pahang mahu bauksit diteruskan – MB

Segelintir rakyat Pahang mahu bauksit diteruskan – MB

Pihak luar tidak seharusnya mencampuri urusan kerajaan Pahang kerana kerajaan negeri mengetahui apa yang patut dilakukan

Adnan Yaakob

PETALING JAYA:
Segelintir rakyat negeri Pahang mahukan aktiviti perlombongan bauksit di negeri itu diteruskan, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau membuat penegasan itu ketika menjawab desakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) supaya kerajaan negeri memberi pampasan kepada nelayan di Kuantan yang terjejas akibat aktiviti perlombongan bauksit.

Adnan berkata, pihak luar tidak seharusnya mencampuri urusan kerajaan Pahang kerana nelayan di Kuantan sendiri tidak minta untuk diberi pampasan.

“Rakyat (nelayan) saya di Kuantan tidak minta (pampasan). Kita tahulah benda yang kita boleh buat.

“Kamu tahu tak, ada rakyat (Pahang) minta bauksit diteruskan,” katanya sewaktu mengadakan sidang akhbar khas berhubung aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit pada di sini, hari ini.

Mangulas isu kemalangan yang berlaku di kawasan aktiviti perlombongan, Adnan berkata beliau sendiri akan menyelesaikan isu tersebut.

Katanya sebagai seorang Menteri Besar beliau perlu mencontohi Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang sangat cakna kepada rakyat.

“(soalan kematian) Itu saya akan selesaikan, Menteri Besar Pahang ini dia kena mencontohi raja juga, maknanya kena rapat dengan rakyat kalau tidak, tak menang pilihan raya, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.