Bauksit: SPRM tahan tiga lagi individu

Bauksit: SPRM tahan tiga lagi individu

Kesemua mereka merupakan orang awam, dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam aktiviti penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram.

Azam-Baki_sprm_bauksit_gari_600

PETALING JAYA:
Tiga orang termasuk seorang wanita antara yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perlombongan bauksit tidak terkawal dan ketirisan hasil kerajaan di Pahang.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan media, mengesahkan penahanan susulan itu dilakukan pada 8 Jan 2016 (semalam) di beberapa lokasi berasingan di sekitar Kuantan antara pukul 4 petang hingga 11.55 malam.

“Kesemua mereka yang berusia antara 44 dan 50 tahun itu merupakan orang awam, dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam aktiviti penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelombong-pelombong tidak berlesen.

“Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya dalam kenyataan itu.

SPRM juga dikatakan akan terus giat menjalankan siasatan bagi mengesan mereka yang terbabit dalam jenayah rasuah sehingga menyebabkan berlakunya kegiatan perlombongan haram dan ketirisan yang dianggarkan bernilai RM187 juta dari segi hasil kutipan royalti tahun lalu.

SPRM turut menyeru orang ramai agar memberi maklumat kepada SPRM berhubung individu yang terlibat memberi serta menerima rasuah dalam isu perlombongan bauksit secara haram.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.