Dua pemimpin pembangkang dicabar tunjuk bukti

Dua pemimpin pembangkang dicabar tunjuk bukti

Mereka hanya pandai menyalak tanpa ada sebarang bukti

gst

PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali mencabar dua pemimpin pembangkang supaya mengemukakan bukti bagi menunjukkan kesalahan yang didakwa dilakukan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, dua ahli Parlimen itu yang sering menyalak susulan kenyataan Najib bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah penyelamat kewangan kerajaan dan ekonomi negara adalah Penasihat DAP, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“Kalau berani..kalau anak jantan..berani cakap tunjuk bukti,” katanya seperti dilapor laman portal bnbbc.my.

Dr Noor Azmi berkata, pembangkang hanya banyak bercakap namun, tiada modal baru sekadar mengulangi segala macam dakwaan dan fitnah yang langsung tidak terbukti.

Jelas beliau, hakikatnya amalan GST digunapakai di lebih 163 negara di dunia dan belum ada negara diisytihar muflis kerana melaksanakan sistem percukaian itu dan tidak ada laporan rakyat mana-mana negara didera kerananya.

Hasil kutipan GST itulah tegasnya, digunakan kerajaan untuk terus mengatur serta menyusun pelbagai program dan rancangan pembangunan demi membantu rakyat terutama kelompok berpendapatan rendah B40 dan berpendapatan menengah M40.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.