Sultan Johor bergusti lengan dapat pujian

Sultan Johor bergusti lengan dapat pujian

Sultan Ibrahim yang memakai baju hitam menewaskan anakandanya kira-kira dalam masa seminit.

sultan-johor,gusti-lengan

PETALING JAYA :
Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menumpaskan salah seorang anakandanya dalam sukan gusti lengan pada sebuah majlis di Johor.

Dalam sebuah video yang berdurasi dua minit 12 saat yang dimuatnaik oleh Friends of BN, Sultan Ibrahim yang memakai baju hitam menewaskan anakandanya kira-kira dalam masa seminit.

Menerusi video terbabit, Sultan Ibrahim yang berjiwa rakyat terlebih dahulu beramah mesra dan berkenan melihat rakyat Johor bermain gusti lengan.

Pengguna laman sosial rata-rata memuji baginda yang berjiwa rakyat dan ‘sporting’ bersama anaknya.

Pengguna laman sosial Yusry Zainal memberikan komen “Tuanku ni Sultan ke rakyat biasa. Aww sempoi sangat. Haha. Daulat Tuanku!”

Zol Pengakap Kedah pula memberikan komen “Terbaik Sultan Johor. Anak pun pandai jaga maruah ayah dengan sengaja bagi ayahanda menang. Teladan yang baik.

Video terbabit turut mendapat 3,160 ‘like’ dan 621 shares

https://www.facebook.com/video.php?v=10153603254389998

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.