NGO: KFC tak bagi gelandangan makan kerana imej

NGO: KFC tak bagi gelandangan makan kerana imej

Seramai 120 anak gelandangan bercadang untuk makan di restoran makanan segera pada Sabtu ini terbantut.

PETALING JAYA:
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa, KFC di pusat beli belah KLCC tidak membenarkan seramai 120 orang anak gelandangan makan di restoran makanan segera itu.

Sekretariat Bersekutu, Shahrul Radzuan mengesyaki, KFC di KLCC tidak membenarkan anak gelandangan itu makan disebabkan mahu menjaga imej dan pelanggan yang ramai menyebabkan restoran tersebut tidak membenarkannya.

“Saya tak tahu (sebab apa mereka tidak membenarkan). Tapi saya rasa mungkin imej budak-budak ini gelandangan. Kedua mungkin KFC di KLCC ramai orang,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.

Menurut Shahrul, pihaknya mengadakan dua perbincangan dengan KFC di KLCC dan pada perbincangan pertama restoran terbabit bersetuju membenarkan anak gelandangan itu makan dan turut bersetuju memberikan diskaun dan ‘free gift’ kepada mereka.

“Perbincangan kali kedua pada hari Jumaat hari itu, mereka pula tidak bersetuju,” katanya.

Dalam pada itu, pengurusan KFC Malaysia menerusi satu kenyataan menyatakan, pihaknya mendapati kejadian itu berpunca daripada salah faham antara pihak KFC dan penganjur program berkenaan.

“Pihak kami sedia maklum dan telah berhubung secara terus dengan wakil pertubuhan berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu ini.

“Kami ingin menegaskan bahawa KFC Malaysia sentiasa memberikan layanan yang sama rata terhadap semua pelanggan yang amat kami hargai,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.