
Pendapat itu diutarakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila menjadikan contoh negeri yang diterjuinya masih mendapat keuntungan hasil dari pentadbiran yang telus tanpa rasuah.
“Kurangkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kita boleh dapat sumber kewangan. Ia dibuktikan di Pulau Pinang.
“Kita boleh dapat lebihan perbelanjaan dan keuntungan setiap tahun,” katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, Guan Eng turut menzahirkan rasa hairannya mengenai kepimpinan Kerajaan Persekutuan yang menyatakan masih rugi walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah diperkenalkan.
“Kerajaan Persekutuan masih rugi walaupun ada GST. Kita (Pulau Pinang) masih mempunyai lebihan setiap tahun walaupun tidak ada GST,” katanya lagi.
Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, penstrukturan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan tidak seharusnya meminggirkan program-program yang bermanfaat kepada rakyat.
“Program-program yang memberikan manfaat kepada rakyat tidak seharusnya dipotong,” ujarnya.