50 peserta demonstrasi bantah Mukhriz dipecat

50 peserta demonstrasi bantah Mukhriz dipecat

Bantahan itu dilakukan di hadapan Pejabat Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

tolak-bashah
ALOR SETAR: Seramai 50 orang penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir hadir bagi memberi sokongan agar Menteri Besar Kedah itu dikekalkan jawatannya.

Demonstrasi itu adalah sebagai bantahan sekiranya Mukhriz digugurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

5O penyokong Mukhriz hadir dan berkumpul di hadapan Pejabat Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Bakar Bata pada jam 10 pagi, hari ini.

Mereka melaungkan sokongan terhadap Mukhriz sambil membentangkan kain rentang dan sepanduk seperti ‘Kami penduduk Pokok Sena menyokong penuh kepemimpinan Datuk Seri Mukhriz, Dengan suara hati rakyat Kedah’.

Selain itu, salah seorang penyokong Mukhriz itu menaikkan sepanduk yang tertulis ‘Rakyat Tolak Bashah’.

Demonstrasi berkenaan berlangsung selama kira-kira 30 minit sebelum mereka bersurai.

Seorang peserta demonstrasi memberitahu pemberita, demonstrasi membantah pengguguran Mukhriz sebagai Menteri Besar akan diteruskan sehingga esok di Stadium Darul Aman, di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.