Perjumpaan itu adalah bagi menentukan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada kekal sebagai Menteri Besar Kedah atau sebaliknya.
Perjumpaan di Wisma Darul Aman itu diadakan jam 3 petang tadi.
Tujuh daripada ADUN berkenaan adalah dari parti PAS, (2) DAP, (4) PKR dan (1) wakil Parti Amanah Negara (AMANAH).
Difahamkan hanya seorang ADUN PAS yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Amiruddin Hamzah dilaporkan tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.
Semalam, semua 21 ADUN BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menyatakan pendirian mereka mengenai krisis pertukara menteri besar di negeri itu.
