Junz gesa SESB turun tarif elektrik 20%

Junz gesa SESB turun tarif elektrik 20%

Katanya, 70% daripada kos operasi SESB adalah disebabkan pembelian tenaga elektrik dari IPP dan kos bahan api yang bergantung pada campuran fosil.

junz-wong_sesb_600

PETALING JAYA:
Setiausaha DAP Sabah, Junz Wong menggesa Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), untuk mengkaji semula dan mengurangkan tarif elektrik sebanyak 20% dalam kadar serta-merta.

Katanya, 70% daripada kos operasi SESB adalah disebabkan pembelian tenaga elektrik dari IPP dan kos bahan api yang bergantung pada campuran fosil.

“Sejak 2013, tarif elektrik meningkat dua kali dan alasan yang diberikan adalah kerana kos bahan api yang kian telah meningkat,” kata Junz.

Junz yang juga Adun Likas bertegas tarif elektrik perlu dikurangkan pada masa ini memandangkan kos operasi SESB telah menurun ekoran kos bahan api yang lebih rendah.

“Harga diesel telah menurun secara drastik sekurang-kurangnya 25% dari RM2.10 kepada RM1.55 hari ini. Mengapa tarif elektrik tidak diselaraskan semula?” tanyanya.

Junz yang juga ahli jawatankuasa DAPSY Kebangsaan menggesa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air, Dr Maximus Ongkili, supaya melihat semula isu ini dan bertindak segera.

“Kami tidak mahu melihat Dr Maximus sebagai seorang menteri yang hanya bertindak cepat apabila ia mengaitkan kerja meningkatkan tarif bekalan elektrik tetapi lambat bertindak balas apabila tiba masanya untuk menilai semula penyelarasan tarif elektrik secara munasabah,” ujar Junz.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.