Dewan Pemuda PAS calonkan lima nama bertanding PRN Sarawak

Dewan Pemuda PAS calonkan lima nama bertanding PRN Sarawak

Calon yang dicadangkan itu adalah mereka yang berwibawa dan anak Sarawak.

nik-abduh,sarawak

PETALING JAYA:
Sebanyak lima nama dicalonkan oleh Dewan Pemuda PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak.

Ketuanya, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz berkata, lima calon yang dipilih itu memenuhi hasrat Dewan pemuda yang mahu meletakkan calon muda pada pilihan raya berkenaan.

“Mesyuarat Bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini bersetuju menghantar beberapa nama sebagai calon.

“Calon yang kami cadangkan ini adalah mereka yang berwibawa dan anak Sarawak. Kami yakin Pas Sarawak akan pilih nama yang kami hantar ini untuk calon kerana mereka ini dipilih oleh parti,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini hari ini.

Nik Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Dewan Pemuda PAS Pusat dan PAS Sabah akan turun ke Sarawak setiap minggu untuk membantu jentera PAS Sarawak mulai sekarang hingga menjelang PRN nanti.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru dengan DAP dari 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.